Monday, March 21, 2011

outline

1.Perlu outlinen
 Beberapa orang mengatakan mereka hanya boleh mula menulis dan semuanya mengalir lancar dan merata menjadi bahagian yang sempurna. Jika anda boleh menulis novel dengan cara ini,  (Dan anda mungkin tidak perlu membaca artikel ini) Tetapi orang-orang yang paling perlu untuk membentuk idea-idea mereka dalam beberapa jenis garispanduan. Ia tidak harus menyertakan setiap detail dari novel anda, hanya rangka. Dan anda selalu dapat menambah dan mengubahsuai sambil membuatnya.

 2. Sudut yang diperhatikan
 Tentukan sudut pandang apa anda akan digunakan dalam adegan tertentu dan mematuhinya. Jangan melompat ke belakang dan sebagainya, itu membingungkan. Gunakan "omniscent" sudut pandang hemat dan mempunyai sejumlah watak POV. Jangan menceritakan POV dari watak signifikan.

 3. Dialog
 Baca perbualan keras. Adakah orang-orang yang anda kenal benar-benar bicara seperti itu?

 4. Drama Konsep
 Bayangkan anda menulis huraian untuk novel anda. Bolehkah anda jumlah semuanya hanya dalam beberapa kalimat? Jika tidak, anda perlu sebuah konsep dramatik kuat.

novel biar senderhana penyampaian

NOVEL BIAR SEDERHANA PENYAMPAIANNYA

SETIAP karya wajar memiliki keseronokkan kepada orang yang membacanya. Jika pada bab awalan sudah membosankan sudah tentu ia bukan karya yang menyeronokkan sebaliknya ia membosankan.

Kepada penulis yang mengarang cerita berkenaan mungkin tidak sedar. Ia seronok untuk diri sendiri tetapi membosankan kepada orang lain. Dalam hal ini, memanglah bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang.

Namun apa yang penting, setiap novel itu mesti ada mesej dan cara penyampaiannya biarlah sederhana tetapi menarik, tidak terlalu serius dan bukan cara berlawak.
Setiap pembaca mempunyai persepsi sendiri terhadap novel yang dibacanya. Mungkin membosankan kepada mereka tetapi tidka kepada orang lain kerana pembaca itu sendiri terdiri daripada pelbagai peringkat, usia, pembelajaran dan sebagainya.

Majoriti pembaca novel hari ini bukanlah yang jenis suka membaca novel yang serius. Mereka membaca hanya sekadar untuk mengetahui ceritanya dan bukan untuk memikirkan sama ada novel itu bermutu atau tidak.

Mereka membaca sambil bersantai sambil memenuhi waktu yang terluang. Mereka tidak mahu memberatkan fikiran dengan persoalan yang di luar kemampuan mereka untuk memikirkannya.

Secara amnya, sesebuah novel biarlah sederhana penyampaiannya sesuai untuk semua peringkat umur yang membacanya, bersahaja, mudah bahasanya dan menarik penyampaian dan ada pengajarannya.

Pembaca yang berasa seronok sudah pasti akan mencari lagi buah tangan penulis yang sedang dibacanya kerana sudah tertarik dengan gaya penyampaian dan mampu memikat pembacanya sendiri.

PENTINGKAH JUDUL SEBELUM MENULIS NOVEL

TERDAPAT sesetengah penulis tidak boleh menulis jika tidak ada judulnya terlebih dahulu. Sama ia judul cadangan atau judul tetap, ia ibarat seperti ‘ibu’ yang akan menjadi penaung kepada apa yang bakal dituliskan.

Bagaimanakah jika tidak ada judul sebelum menulis? Jika beginilah keadaannya, sudah tentulah kerja-kerja menulis tidak boleh dilakukan dan selamanya ia akan hanya diperingkat angan-angan sahaja.

Sebaik-baiknya, usah pentingkan sangat mengenai judul. Percayalah judul akan dating apabila novel itu selesai ditulis. Tidak semestinya judul yang kita sediakan akan digunakan sepenuhnya oleh penerbit.

Adakalanya apabila novel itu layak diterbitkan, editor sendiri akan membuat penilaian sama ada judul yang disediakan itu sesuai atau tidak. Editor atau penerbit akan menukar judul yang diberi jika tidak sesuai.

Penulis pula harus menerima jika judul yang diberikan, ditukar dengan judul lain. Pihak penerbit lazimnya mempunyai perancangan kerana ia termasuk dalam soal pemasaran buku berkenaan.

Kemungkinan cerita dalam novel itu tidak bagus tetapi kerana judulnya yang lain daripada yang lain, menyebabkan novel itu ‘laku keras’ apabila di pasarkan.
Oleh yang demikian jangan terlalu bergantung kepada prinsip, tidak ada judul tidak boleh menulis. Tulislah manuskrip novel dahulu, apabila sudah siap barulah berfikir untuk mencari judul yang sesuai.

Kadang-kadang ada novel yang judulnya hebat tetapi ceritanya tidak sehebat judulnya. Namun dalam mencari judul novel, jangan sekali-kali memberikan judul novel yang sudah terbit.

Sebagai contoh, seperti Salina, Ranjau Sepanjang Jalan, Interlok, Hujan Pagi atau novel-novel lain yang pernah diterbitkan. Pembaca akan menjadi keliru apabila terbit sebuah novel lain berjudul Salina misalnya walaupun ia ditulis oleh penulis lain.

MENULIS DI LUAR PENGALAMAN

SAYA percaya ramai di antara kita menulis novel bergantung kepada pengalaman yang tidak dialami sendiri. Ia mungkin pengalaman orang lain atau hasil daripada kajian atau pembacaan sendiri.

Pengalaman sendiri sebenarnya memudahkan proses kreatif seseorang penulis manakala pengalaman yang tidak dialami mungkin akan lebih memaksa pengarang bekerja keras untuk mengimaginasi keadaan.

Contohnya, bagaimanakah kita hendak menuliskan latar ketika zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu sedangkan kita sendiri belum lahir ketika itu? Caranya ialah dengan membuat kajian, selidikan, wawancara dengan mereka yang pernah hidup pada zaman itu dan mendapatkan pelbagai sumber lagi.

Ini lebih sukar dan mengambil masa yang panjang dan tidak semua penulis sanggup melakukannya, lebih baik menulis sahaja apa yang penulis itu tahu dan pernah dialami.

Pada masa sekarang ini, bukanlah sukar sangat hendak menulis sesuatu yang berada di luar pengalaman, asalkan kita sanggup bekerja lebih sedikit mencari maklumat. Semua bergantung kepada kemampuan penulis itu sendiri.

Malah ada sesetengah penulis, walaupun memiliki pengalaman yang pernah dialami tetapi tidak mampu untuk menuliskan kembali. Dalam hal ini, tiga unsur seperti pengalaman, intelektual dan imaginasi sangat penting untuk digabungkan.

Jika ketiga-tiga ini dapat digabungkan ketika menulis sesebuah novel, sudah pasti pembaca akan percaya bahawa apa yang diceritakan oleh penulis itu sendiri memang benar-benar dialami walaupun ia sebenarnya campuran imiginasi dan pengalaman.

CARA MEMPERKAYA PENGALAMAN

MANAKAH yang penting bagi seseorang yang hendak menulis novel, kaya imaginasi atau kaya pengalaman?

Kedua-duanya memang penting tetapi yang lebih penting ialah kaya pengalaman, kedua intelektual dan ketiga barulah kaya imaginasi. Bayangkan, jika kaya imaginasi tanpa pengalaman, bagaimana seseorang hendak menulis?

Jika kaya imaginasi pula, pengarang akan menulis perkara yang berulang-ulang kerana imaginasinya tidak tajam. Bagaimanapun, asas penulisan itu sendiri harus bermula daripada pengalaman.

Pengalaman akan digaul dengan imaginasi dan intelektual akan menghasilkan satu
bentuk pengalaman yang baru.

Tetapi bagaimanakah caranya untuk memperkayakan pengalaman?
Memperkayakan pengalaman ada dua cara. Pertama pengalaman secara langsung dan tidak secara langsung. Pengalaman secara langsung ialah pengalaman yang dilalui atau dilakukan berulangkali. Contohnya seperti pengalaman bekerja, melancong dan sebagainya.

Pengalaman secara tidak langsung ialah pengalaman yang berlaku tanpa diduga, ia mungkin berlaku sesekali atau dua kali. Contohnya seperti pengalaman terlibat dalam kemalangan, pengalaman dirompak, diculik atau peristiwa-peristiwa yang tidak pernah diduga akan dialami.

Pengalaman tidak secara langsung amat berharga sekali kerana tidak semua orang akan merasai seperti merasai pengalaman bekerja. Pelbagai bentuk pengalaman yang hanya sesekali dialami wajar untuk dicatat kerana ia amat berguna jika saudara berniat untuk menulis novel.

Sebagai contoh jika saudara pernah diculik, sudah tentu saudara sendiri dapat menceritakan secara lebih terperinci berbanding dengan penceritaan secara imaginasi.

Jumaat, 21 Januari 2011

KEMAHIRAN MENGUASAI BAHASA KREATIF

BAGAIMANAKAH keupayaan bahasa saudara sebelum menulis? Adakah saudara sudah berupaya menguasai bahasa dengan baik sebelum menghasilkan sesebuah novel umpamanya?

Ramai penulis menganggap novel Bumi Manusia, Rumah Kaca dan Anak Semua Bangsa karya Pramoedya Ananta Toer memiliki keupayaan bahasa yang mengkagumkan.

Walaupun saudara tidak memiliki keupayaan bahasa yang tinggi, itu bukanlah satu masalah besar jika saudara mahu menulis novel. Pengalaman menulis lama kelamaan akan memberikan input keupayaan dan penguasaan bahasa saudara supaya lebih baik.

Oleh kerana menulis memerlukan daya ingatan yang kreatif, penguasaan bahasa yang kreatif juga perlu kerana penulisan kreatif berbeza dengan penullisan deskreatif. Penulisan kreatif memerlukan penguasaan bahasa yang baik kerana ia juga akan menghasilkan karya yang baik.

Penilaian sesebuah novel bukan sahaja bergantung kepada cerita, plot, tema dan sebagainya tetapi penguasaan bahasa juga penting. Sesiapa yang mendalami dunia penulisan kreatif akan merasai kelainan penguasaan bahasa yang digunakan di dalam bilik darjah.

Ia amat berbeza dengan cara penulisan bercorak akademik atau keagamaan. Bagaimanapun, ini bukan bermakna penulisan kreatif mengenepikan hukum hakam akademik dalam bahasa.

Cuma apa yang penting, teknik pernulisan kreatif dan bukan kreatif mempunyai perbezaan yang dapat dikesan. Kebijaksanaan penulis memanipulasi bahasa bukan bermakna merosakkan bahasa tetapi bahasa akan menjadi lebih indah kerana kreatifnya penulis untuk menggambar sesuatu berbeza dengan bukan penulis.

Sebagai contoh.
Bukan kreatif. Matahari telah terbit dari sebelah timur dan sinarnya tidak begitu panas. Embun sudah lama kering.

Penulisan kreatif: Sinar mentari menguak dari sebelah timur. Cahayanya perlahan menembusi pohonan menghijau yang bertenggek di celah perbukitan. Titis embun sudah lama melangkah pergi sebaik sahaja mentari perlahan-lahan menumpahkan sinarnya.

Sunday, March 20, 2011

Penulis Novel Cinta Bertahan

Cerita-cerita tentang kejayaan novel-novel cinta dalam pasaran menyebabkan banyak penulis baru berminat hendak menulis novel cinta, dengan harapan mereka dapat menikmati royalti yang besar.

Kejayaan sentiasa menjadi berita, manakala kegagalan tidak dipercakapkan orang. Berita tentang beberapa orang penulis novel cinta yang berjaya menjual puluhan ribu naskhah novel-novel mereka diceritakan dengan cara-cara yang memberi gambaran palsu tentang dunia novel cinta, seolah-olah semua penulis novel cinta dapat menikmati kejayaan begitu.

Inilah gambaran sebenar tentang jualan novel-novel cinta:



  1. Hanya Alaf 21 dan Creative yang mempunyai pengalaman berjaya menjual novel-novel cinta pada jumlah yang melebihi 50 ribu naskhah bagi sesuatu judul. Ini bermakna, jika novel saudara diterbitkan oleh penerbit selain dua penerbit ini, peluang jualan novel saudara melebihi 50 ribu naskah tidaklah cerah.


  2. Daripada berpuluh-puluh penulis novel cinta, sehingga hari ini hanya 4 orang sahaja yang secara konsisten dapat menghasilkan novel-novel yang tinggi jualannya.


  3. Pola jualan novel cinta yang diterbitkan oleh penerbit terkenal adalah lebih kurang begini:

    a. Novel pertama saudara mempunyai harapan dapat dijual dengan baik sebab pembaca memang mencari-cari sesuatu yang baru. Jualan novel pertama tidak semestinya mencerminkan kualiti dan bakat saudara sebagai karyawan yang berpotensi besar, sebaliknya novel saudara laku sebab nama saudara baru muncul. Inilah faktor yang mendorong penerbit sentiasa berusaha mencari bakat-bakat baru meskipun ia sudah mempunyai beberapa orang penulis yang berjaya.

    b. Banyak penulis, apabila novel pertama mereka laku jualannya, mereka tergesa-gesa menyiapkan novel kedua kerana yakin novel kedua itu akan mengulangi kejayaan novel pertama. Akibatnya kerja tergesa-gesa, novel kedua itu tidak sebaik novel pertama. Apabila novel kedua saudara menghampakan pembaca, jualannya akan turun mendadak disebabkan pembaca yang sudah membacanya akan bercakap kepada rakan-rakan yang belum membaca supaya jangan membeli novel itu.

    c. Novel ketiga saudara adalah peluang terakhir saudara menyelamatkan nama saudara daripada terkubur. Apabila novel kedua saudara tidak memenuhi pengharapan pembeli, ditambah pula novel ketiga saudara pun tidak betul-betul bagus, tamatlah riwayat nama saudara dalam minda penerbit saudara. Ini bermakna, saudara mesti melakukan banyak pembacaan dan kajian sebelum menuliskan novel ketiga saudara itu. Ia adalah pelampung keselamatan yang semestinya menyelamatkan nasib saudara sebagai penulis novel cinta.


Jika saudara seorang penerbit ataupun pengurus editorial, implikasi pola jualan seperti ini adalah, jangan gopoh hendak menerbitkan novel kedua pengarang yang sama. Ambil waktu bagi membaca dan menilai kualiti novel kedua itu. Jika perlu ditolak, tolak! Jika perlu diperbaiki, arahkan pengarang itu supaya memperbaiki

Thursday, March 10, 2011

hubungan productive antara editor dan penulis

Kejayaan penerbit sangat bergantung pada kemahiran para editor menjalin hubungan yang baik dengan penulis-penulis yang mereka uruskan karyanya.
Tugas utama editor adalah mendorong penulis-penulisnya supaya mereka terus menerus menghasilkan manuskrip yang laris dalam pasaran.
Bagi para penulis pula, kejayaan mereka sangat bergantung pada kemahiran mencipta hubungan profesional dengan editornya, supaya semua manuskrip yang dihantar akan diterima oleh editor dan diterbitkan.
Di bawah adalah beberapa perkara yang menyebabkan editor menyukai seseorang penulis:
1. Menghantar manuskrip yang hampir 100% bersih daripada kesilapan ejaan, tanda baca dan tatabahasa.
2. Mudah memberikan kerjasama kepada editor bagi tujuan meninggikan mutu bukunya.
3. Tidak mengumpat kelemahan-kelamahan personaliti editor kepada editor lain ataupun kepada penulis lain.
4. Bersangka baik apabila editor menolak manuskrip, ataupun menunda jadual penerbitan dan lain-lain perkara seperti itu.
5. Menulis surat yang sopan santun dengan menggunakan kata-kata yang manis dibaca apabila bertanyakan sesuatu berkenaan kemajuan manuskrip yang dihantar.
Adalah normal apabila editor mempunyai penulis kesayangan. Editor tidak suka problem. Mereka tidak suka menjalankan kerja-kerja yang susah dan teruk. Oleh itu mereka sayang penulis yang manuskripnya mudah diproses dan laris dalam pasaran.
Di PTS, KPI editor adalah RM yang dihasilkan oleh buku-buku yang mereka terbitkan. Ini bermakna, semakin banyak judul yang berjaya mereka terbitkan, dan semakin banyak jualan tiap-tiap judul, semakin tinggi KPI mereka. Apabila manuskrip yang diterima itu hampir "bersih", kerja-kerja penerbitan menjadi laju dan lancar. Ini sangat membantu KPI editor.

novel fiksyen travelog

Menurut beliau, maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam novel-novel itu adalah (i) proses pengembaraan, (ii) kehidupan masyarakat setempat, dan (iii) maklumat budaya.
Cik Ann (foto) memberikan garis kasar jalan novel travelog yang beliau mahukan:
1. Dimulakan dengan tema dan persoalan (permulaan jalan cerita, pengenalan watak dsb.)
2. Diikuti dengan perkembangan plot (watak dan perwatakan berkembang, bagaimana perjalanannya bermula, apa persediaannya dsb.)
3. Kemudiannya klimaks (puncak cerita, konflik, tragedi, isu dan permasalahan yang timbul dsb.)
4. Seterusnya dengan penyelesaian (cara atasi masalah dsb.)
5. Diakhiri dengan pengakhiran cerita (penutup; gembira/ sedih, pengalaman yang tidak dapat dilupakan, wawasan ataupun rancangan masa hadapan dsb.)
Penulisan ini adalah fiksyen namun masih berdasarakan fakta yang benar dan pengalaman sebenar. Penulisan yang bagus juga haruslah menceritakan kepada pembaca sehingga pembaca sendiri berasa berada di tempat yang dimaksudkan.
Segala persembahan penceritaan bergantung kepada penulis dan diharapkan penceritaanya menarik, seperti seseorang yang bercerita secara lisan.
Cik Ann juga menggalakkan penulis memasukkan info-info mahupun tips yang tidak pernah diketahui oleh masyarakat umum. Sekiranya penulis mempunyai sebarang gambar/poster/flyers mahu dilampirkan, sangatlah kami galakkan.
Beliau memberitahu siri ini akan mula diterbitkan pada bulan Oktober 2010.

Perkara-perkara yang Tidak Dibenarkan dalam Novel pts

1. Cerita tidak boleh memberi kemenangan moral kepada pedosa. Sebagai contoh, pada hujung cerita watak-watak jahat mestilah akhirnya berubah menjadi orang baik.

2. Tidak ada babak-babak pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

3. Tidak ada babak-babak pasangan berjumpa dan bercakap-cakap berdua-duaan sahaja, pergi berdating, berpegang tangan, berasmara.

4. Tidak ada babak di mana anak-anak bercakap dengan cara dan kata-kata yang menyakiti hati ibu bapanya.

5. Tidak ada babak di mana isteri bercakap dengan cara dan kata-kata yang biadab kepada suami.

6. Tidak ada babak di mana perempuan meminta cerai daripada suami.

7. Tidak ada babak jenayah, sebagai contoh babak di mana watak-watak sedang merancang bagaimana mereka mahu merompak bank.

8. Tidak ada unsur di mana 'menjadi orang baik tidak berbaloi' yakni watak baik akhirnya menerima hukuman alam, manakala watak jahat hidup kaya.

9. Tidak boleh menceritakan kecantikan anggota tubuh badan perempuan jelita ataupun tubuh badan lelaki yang tampan.
10. Tidak ada babak di mana watak melakukan dosa-dosa besar seperti membunuh, berjudi, berzina, menerima rasuah  dan lain-lain dosa berat.

Imbuhan Lengkap Mencipta Gaya Bahasa Lebih Indah

Bahasa Melayu Tinggi (BMT) adalah salah satu unsur yang wajib ada dalam gaya bahasa sastera, maksudnya hanya penggunaan Bahasa Melayu Tinggi yang dapat menghasilkan ayat-ayat yang indah dibaca.
Salah satu aspek yang membezakan BMT daripada BMR (Bahasa Melayu Rendah) adalah penggunaan imbuhan. BMT menggunakan lebih banyak imbuhan, manakala BMR tidak menggunakan banyak imbuhan.
Ayat-ayat yang tidak menggunakan imbuhan lengkap akan menghasilkan gaya bahasa seperti yang digunakan dalam novel-novel picisan. Novel-novel picisan tidak dapat bertahan berbelas-belas, malah berpuluh-puluh, tahun dalam pasaran.
Contoh-contoh:

Ibu pun ambil baju Ameerah di dalam almari. (BMR)
Ibu pun mengambil baju Ameerah di dalam almari. (BMT)

Dahulu kami pernah main-main di bawah pokok besar itu. (BMR)
Dahulu kami pernah bermain-main di bawah pokok besar itu. (BMT)

"Kamu sibuk hantar SMS. Kamu sibuk telefon buat hati, ya?" (BMR)
"Kamu sibuk menghantar SMS. Kamu sibuk menelefon buah hati, ya?" (BMT)

Ayat-ayat yang tidak menggunakan imbuhan yang betul adalah salah dari sudut tatabahasanya dan semantiknya. Sebagai contoh, perkataan 'telefon' (barang) lain maknanya dengan perkataan 'menelefon' (perbuatan). Begitu juga perkataan 'main-main' (sikap) dengan perkataan 'bermain-main' (perbuatan).

Ayat-ayat dialog yang dituliskan dalam bentuk ayat-ayat yang lengkap unsur subjek-predikatnya adalah ciri Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Ayat lengkap adalah lebih indah dan mempunyai ciri-ciri bahasa sastera. Sebaliknya, ayat-ayat dialog yang menggunakan ayat tergantung adalah ciri Bahasa Melayu Rendah (BMR).
Contoh ayat tergantung adalah ayat yang tiada mempunyai subjek. Dari sudut tatabahasa, ayat tergantung adalah salah.
Contoh-contoh:

"Kenapa tidak turun makan?" tanya Ramlan. (ayat BMR - tiada subjeknya)
"Mengapa kamu tidak turun makan?" tanya Ramlan. (ayat BMT - ada subjeknya)

"Ya, memang hantu. Hantu cinta," jawab Faridah. (ayat BMR - tiada subjeknya)
"Ya, aku memang hantu. Aku hantu cinta," jawab Faridah. (ayat BMT - ada subjeknya)

"Bila boleh berjumpa lagi?" kata Eddy. (ayat BMR - tiada subjeknya)
"Bilakah kita boleh berjumpa lagi?" kata Eddy. (ayat BMT - ada subjeknya)

"Wah! Hebatnya!" kata Zaharah. (ayat BMR - tiada subjeknya)
"Wah! Hebatnya candi Borobodur ini!" kata Zaharah. (ayat BMT - ada subjeknya)

"Kenapa jual mahal? Sekali mandi, biar basah semuanya, jangan ditahan-tahan. Sekali dosa, biar berhabisan, jangan separuh jalan," kata Hanifah kepada Sayuti. (ayat BMR - tiada subjeknya)
"Mengapa kamu jual mahal? Sekali kamu mandi, biar basah semuanya, jangan ditahan-tahan. Sekali kamu berdosa, biar berhabisan, jangan separuh jalan," kata Hanifah kepada Sayuti. (ayat BMT - ada subjeknya)

Dialog sastera adalah dialog yang hanya dapat dibaca dalam karya-karya bermutu sastera. Dialog sebagaimana yang digunakan apabila orang bercakap di pasar malam, di stesen bas, ataupun dalam dapur rumah sendiri tidak mungkin bermutu sastera. Apabila novel ditulis dengan menggunakan dialog orang bercakap di pasar malam, novel itu tidak bermutu sastera.
Banyak penulis novel popular menulis ayat-ayat naratif yang tergantung, yakni tidak lengkap subjek-predikatnya.
Contoh: Zaleha terdiam. Tergamam. Tidak dapat hendak berkata lagi. Teramat terperanjat. Bagaikan tidak percaya.
Ayat-ayat tergantung seperti di atas tidak bermutu sastera.
NOTA: Dalam surah Yusuf dan dalam seluruh al-Quran, tidak terdapat ayat-ayat tergantung. Semua ayat dalam al-Quran adalah lengkap subjek-predikatnya, baik ayat dialog mahupun ayat naratif.

perkataan gramatic

Ciri-ciri Melayu Tinggi (BMT) adalah:
(i) Menggunakan sistem ejaan yang lengkap dan betul.
(ii) Menggunakan tatabahasa yang betul.
(iii) Menggunakan sistem morfologi (penambahan) yang betul.
(iv) Menggunakan sistem sendi yang beul.
(v) Menggunakan perbendaharaan kata yang betul.
(vi) Menggunakan semantik (makna) yang betul.
(vii) Menggunakan bunga-bunga bahasa yang betul.
(viii) Menggunakan sistem panggilan yang betul.
(ix) Menggunakan adab-adab berbahasa yang betul.

Salah satu aspek tatabahasa adalah penggunaan perkataan gramatikal (grammatical words). Perkataan gramatikal menerangkan hubungan-hubungan logik antara bahagian-bahagian dalam ayat.
Salah satu ciri yang membezakan Bahasa Melayu Rendah (BMR) daripada Bahasa Melayu tinggi adalah jumlah perkataan gramatikal.
Penggunaan perkataan gramatikal yang betul menghasilkan ayat-ayat yang bukan hanya betul tetapi lebih sedap dibaca. Demikian pula sebaliknya, dengan menggunakan perkataan gramatikal yang salah, ayat menjadi salah dari sudut tatabahasanya, mahupun maknanya.
Dialog yang tidak menggunakan perkataan gramatikal yang betul dan lengkap menghasilkan dialog bahasa basahan.
Contoh:

"Dia pergi kedai dobi tadi, hendak hantar baju-baju kotor untuk dibasuh." (BMR)
"Dia pergi ke kedai tadi, hendak menghantar baju-bajunya yang kotor untuk dibasuh." (BMT)

"Agak-agak dia sesuai diambil calon suami?" (BMR)
"Agak-agaknya, dia sesuaikah diambil sebagai calon suami?"

"Mana tahu lima tahun menjadi Melayu Mesir sekarang balik Malaysia, susah bercakap Melayu Kelantan." (BMR)
"Manalah tahu, selepas lima tahun (kamu) menjadi Melayu Mesir, sekarang apabila balik ke Malaysia, (kamu) susah bercakap Melayu Kelantan." (BMT)

Ayat-ayat dialog yang ditulis menggunakan BMR menghasilkan novel-novel yang bermutu komoditi. Salah satu ciri novel komoditi adalah dialog yang ditulis dengan menggunakan gaya bahasa sehari-hari. Novel komoditi sukar bertahan lama dalam pasaran disebabkan ia mudah dapat disaingi oleh novel-novel yang ditulis dengan menggunakan gaya bahasa yang lebih tinggi, justeru terasa lebih indah apabila dibaca.
NOTA: Ayat-ayat dialog dalam surah Yusuf, dan dalam seluruh al-Quran, ditulis menggunakan gaya bahasa tinggi.

menulis ayat visual

Tetapi pada saya, penulis-penulis PTS juga boleh menghasilkan bacaan visual tanpa ada imej atau grafik dalam karya mereka. Satu cara yang bermain di fikiran saya adalah dengan menggunakan ayat-ayat visual. Ayat visual secara mudahnya adalah ayat yang menerangkan perbuatan.
Saya berikan satu contoh mudah ayat visual: Cempaka Suri menghulurkan tangan seraya berpejam mata.
Ayat tersebut, apabila pembaca membacanya, pasti secara spontan membayangkan aksi yang dilakukan oleh Cempaka Suri. Ini kerana ayat tersebut mengandungi kata kerja 'menghulurkan' dan 'berpejam' yang secara tidak langsung melahirkan bentuk visual bagi dikhayalkan oleh pembaca.
Saya berikan pula satu contoh ayat bukan visual: Hatinya berasa sedih yang tidak tertanggung.
Bandingkan pula dengan ayat visual ini dengan maksud yang sama: Kesedihan mendakap hatinya bagai tiada mahu melepaskan.

novel nipis susah laku

Data jualan buku-buku PTS menunjukkan novel-novel yang kurang daripada 400 halaman sangat lambat jualannya, banyak di-return semula oleh kedai-kedai buku. Ini berlaku meskipun cerita dan gaya bahasa novel-novel itu bermutu tinggi.

Feedback yang kita terima dari peminat buku-buku PTS mendapati, pembeli tidak suka membeli novel nipis disebabkan mereka "tidak puas" membacanya.
Meskipun novel tebal lebih mahal, tetapi disebabkan daya beli peminat novel sudah semakin tinggi, mereka mampu membeli novel-novel yang berharga lebih RM20

kata-kata logik

Jumlah kata logik yang digunakan dalam surah-surah itu adalah 50, seperti di bawah:
1. adakah
2. adalah
3. apa
4. apabila
5. apakah
6. akan
7. bagaimana
8. bagi
9. bahkan
10. dalam
11. dan
12. dan untuk
13. dari
14. daripada
15. demi
16. dengan
17. di
18. di dalam
19. ini
20. itu
21. itu adalah
22. ke atas
23. kecuali
24. kemudian
25. kepada
26. kerana
27. lagi
28. maha
29. maka
30. melainkan
31. memang
32. pada
33. sebab
34. sehingga
35. sekiranya
36. selain
37. seolah-olah
38. sesekali
39. sesekali tidak
40. sesungguhnya
41. setelah
42. setelah itu
43. supaya
44. tahukah
45. tiada
46. tidak
47. tidak akan
48. untuk
49. wahai
50. yang

Friday, March 4, 2011

tteknik menulis novel and cerpen-watak

Plot Narration (Physical)
Plot Description (Mental)
Plot Dialogue (Spiritual)

Technique Linear
Technique Antagonis - Protagonis
Technique No Plot (Conventional)
Technique Lateral Plotting (3 Scenes bergerak serentak pada satu masa, then bergabung)

Watak - gunakan watak yang dah establish, untuk dapatkan bayangan. then, bila dah complete, baru tukar nama.

Menghidupkan Dialog
- loghat
- istilah lazim watak
- lenggok bahasa
- intellectual watak
- soal jawab renjong? cth, "engkau dah makan?" then, jawab "semalam dah makan"


Contoh Pembinaan Watak
1. Irfan 26 tahun, Kacak, Baik, Tinggi, Pandai silat, Bijak, Beriman, Abad 21
2. Amira 32 tahun, Lemah-lembut, Tegas, Bertudung, Hitam manis, Cantik
3. Borhan 40 tahun, Kaya, Ketua Gangster, Buta sebelah mata, Bertatu naga, Misai melentik

Kita pasti merasa yang Irfan = baik dan Borhan = Jahat, but at the end of the story, rope-ropenye, Amira yang jadi dalangnya. Lebih kurang la.

Kemudian, kami disajikan dengan contoh filem thriller yang sememangnya memberikan gambaran sekaligus membantu kami untuk memahami segala teori tadi. Filem tersebut bertajuk Messiah, The First Killing yang membuatkan kita sentiasa tertanya-tanya siapakah pembunuh sebenar dalam filem tersebut.

Teknik Inter-Cut - sebaik-baiknya 4 inter-cut setiap bab
Teknik Cliff Hanger - membuatkan pembaca tertanya-tanya
Teknik Hook - lebih kurang macam prolog
Teknik Question Mark - mengujakan pembaca terus berfikir dan mengagak
Lebih banyak kepada perkongsian pengalaman.

Untuk memulakan penulisan novel pertama:
- Jangan patah semangat
- Aku sedang berlumba dengan diri aku dan bukan dengan orang lain
- Boleh tiru orang tapi mesti ada own identity
- Internet sebagai reference
- Tengok drama-drama mat saleh
- Jangan takut dengan diri anda
- People happy to know problem, berasa seronok untuk melihat orang lain
- Sebagai manusia biasa, sentiasa takut dengan masalah
- Ada kata-kata, jika kita pandai 50 istilah dalam sesuatu bidang, maka kita dah pandai dalam bidang tu

7 istilah penting dalam novel aksi
1) Back story (latar cerita/permulaan bab)
2) Planting (menyemai)
3) Make belive (konon-konon macam betul)
4) Hook (Kail)
5) Suspense/suspen, Gantung/Cliff Hanger
6) Jump cutting/Potong lompat = Inter-cut
7) Suspending Disbelieve/Gantung ketidakpercayaan

Nasihat:
- tools = internet (gambar & video)
- kalau nak hantar manuskrip kat publisher, hantar hardcopy dulu
- taip dalam word tu, 1.5 baris, 12 font, 3 page = 1 bab
 
Nasihat:
- Walaupun tiada bakat nak nak menulis, tapi kalau ada minat, boleh ubah.
- Yang penting, plot cerita, ibarat garisan mesin jantung (ECG)
- Formula, setiap cerita mesti ada unsur suspen + aksi + isu semasa + cinta
- Berdakwahlah walaupun satu ayat melalui cerita yang disampaikan
- Sub-plot ialah untuk melengahkan cerita dan untuk memperjelas situasi
- Yang penting, doa dan usaha

Minda Sedar
- minda menyimpan kenangan
- ingat kawan sekolah rendah contohnya

Minda Separa Sedar
- minda paling bodoh
- masukkan maklumat/azam
- kegunaan, sangat baik
- lebih kepada memberi semangat

Wednesday, March 2, 2011

teknik menulis cerpen

Bagi seorang penulis yang sudah malang melintang di dunia literasi, pasti tidak susah dalam membuat sebuah cerpen, tapi bagi Anda yang mungkin baru memulai hobi atau karir Anda dalam bidang kepenulisan, mungkin agak susah menciptakan sebuah cerpen yang berkualitas.
Menulis cerpen memerlukan teknik tersendiri agar tulisan yang dihasilkan bisa berkualitas dan disukai oleh pembaca. Bagi yang ingin menulis cerpen, berikut adalah Teknik Menulis Cerpen yang cukup sederhana dan mudah untuk diterapkan.

Masalah/ Konflik
Dalam sebuah cerpen, Anda akan memiliki tokoh utama. Tempatkan tokoh utama Anda dalam suatu masalah berat yang membuat pembaca akan bersimpati dan penasaran bagaimana dengan akhir kisahnya.


Solusi
Bila tokoh utama sudah berada dalam masalah atau berhadapan dengan konflik, Anda tinggal pikirkan bagaimana tokoh menyelesaikan masalahnya. Konflik yang berakhir baik kebanyakan akan disukai oleh pembaca, sebaliknya bila masalah dibiarkan menggantung tanpa solusi yang jelas, pasti akan menimbulkan ketidak puasan dari pembaca.
Teknik menulis cerpen yang cukup mudah, bukan? Hanya dengan dua poin tersebut, Anda bisa menghasilkan suatu cerita pendek. Tapi apakah cukup dengan itu saja? Bila Anda ingin membuat cerpen berkualitas, jawabannya tentu saja tidak. Ibarat memasak, dua poin di atas adalah bahan utamanya, Anda memerlukan bumbu penyedap agar cerpen bisa dinikmati oleh pembaca.
Selain teknik menulis cerpen yang telah disebutkan di atas, ada beberapa hal lain yang harus Anda perhatikan.
  1. Tema
    Anda harus memikirkan tema yang menarik untuk memikat pembaca. Tak hanya itu, tema yang unik dan lain daripada yang lain pasti akan mendapat perhatian lebih dari pembaca. Misal, bila Anda memutuskan untuk mengambil tema cinta, buat lebih spesifik menjadi cinta segi tiga atau cinta sesama jenis, tema unik pasti akan mencuri perhatian.
  2. Karakter tokoh

    Buat pembaca jatuh hati pada tokoh yang Anda ciptakan. Caranya adalah menciptakan karakter yang unik dan menarik. Ini juga merupakan
    teknik menulis cerpen yang bagus, karena bila karakter tokoh memiliki keunikan/ciri khas, pembaca akan dengan mudah mengingat atau bahkan memihak tokoh tersebut.

    Jangan terjebak pada karakter yang sempurna (tampan,
    cantik, pintar, kaya, dll) karena tokoh sempurna seperti ini kadang membosankan. Sebaliknya, tokoh pintar tapi memiliki kekurangan (misal: cacat tubuh) akan lebih mencuri simpati pembaca.

  3. Alur/ plot

    Buatlah
    cerita Anda mengalir dan enak untuk dibaca. Ini mungkin bukan hal yang mudah, tapi bila Anda suka dan rajin membaca cerpen, Anda bisa mempelajari bagaimana alur yang baik. Mulai dari pembukaan cerita, terjadinya konflik dan bagaimana penyelesaiannya.

    Terkadang Anda tidak harus runtut membuat alur seperti di atas, yaitu dari awal hingga akhir. Anda bisa berimprovisasi dengan alur flashback (mundur). Anda bisa langsung mengenalkan konflik pada pembaca, setelah itu baru Anda uraikan bagaimana
    konflik itu bisa terjadi pada tokoh Anda
    .
  4. Latar belakang (setting)

    Salah satu poin penting dalam cerpen adalah latar belakang/setting yang meliputi tempat dan
    waktu. Dalam cerpen, setting yang jelas akan memudahkan pembaca dalam berimajinasi tentang dimana dan kapan peristiwa dalam cerpen itu terjadi.

    Misal cerpen Anda berlatar belakang peperangan zaman penjajahan
    Belanda, ceritakan dengan jelas benda-benda apa saja yang ada di sekitar tokoh. Rumah reot, semak belukar, rumah ala Belanda, dll.
  5. Dialog

    Percakapan antar tokoh bisa membantu Anda dalam menggambarkan karakter tokoh cerpen yang Anda buat. Misal, tokoh Anda adalah orang yang cerdas, Anda tidak perlu mengungkapkan dalam uraian cerpen bahwa tokoh yang Anda ciptakan adalah orang
    cerdas dan berpendidikan.

    Buatlah dialog-dialog cerdas yang membuat pembaca berpikir bahwa tokoh yang sedang berbicara itu memang memiliki
    otak encer. Hal ini juga merupakan salah satu teknik menulis cerpen yang baik.

    Dialog juga cukup membantu untuk menghilangkan kejenuhan pembaca. Kadang, membaca uraian yang terlalu panjang bisa membuat pembaca merasa bosan dan jenuh. Maka dari itu, sisipkan dialog-dialog yang mendukung cerpen Anda agar pembaca merasa tokoh yang mereka baca seolah benar-benar
    hidup.
Itu adalah beberapa poin dalam teknik menulis cerpen yang bisa Anda terapkan untuk menciptakan sebuah cerpen yang berkualitas. Cukup mudah untuk diikuti dan dijamin bisa menghasilkan cerpen yang baik apabila sering melatih kemampuan Anda dalam menulis cerpen.

Salam

Menulis cerpen adalah suatu seni penulisan yang memerlukan daya taakulan dan kreativiti penulis yang tinggi sebenarnya. Penguasaan plot, diksi, mesej, cara olahan dan penyampaian perlulah digarap sebaik mungkin untuk membolehkannya tersiar atau terpilih untuk dipertimbangkan.

Melalui bengkel yang sudah, saya mendapati kebanyakan penulis menghadapi masalah dalam menghasilkan jumlah muka surat yang dikehendaki. Kebiasaan majalah atau akhbar hanya perlukan antara 8 - 10 muka surat. Paling banyak pun 12 muka surat (untuk Dewan Sastera dikira boleh). Hanya dalam satu peraduan mengarang sahaja yang saya lalui, terpaksa menulis cerpen sepanjang 15 muka surat.

Baik, ini ada beberapa tips yang boleh dilihat sekiranya sesuai untuk digunakan :

1) Jumlah WatakBiasanya saya hanya menulis dua watak sahaja yang akan menggerakan plot keseluruhan. Ini disebabkan apabila watak hanya dua, ia memudahkan saya menguasai watak-watak, mood penceritaan, plot yang dikembangkan dan lebih fokus. Andainya watak lebih dari tiga atau empat, ini adalah satu punca mengapa cerpen kita menjangkau hingga 15 halaman, malah kadangkala hampir 20 halaman. Sekiranya hanya satu watak sahaja, monolog akan berlaku. Cerpen jenis ini memerlukan kekuatan dialog, mood penceritaan, tema dan sebagainya.

2) Elakkan Dialog Yang Tidak PerluKadangkala kedapatan dialog-dialog yang tidak diperlukan. Maksudnya, dialog tersebut tidak menggerakan cerita. Contohnya :

A - "Assalamualaikum, apa khabar?"
B - " Wa'alaikumussalam, baik. Kau sihat?"

A - "Sihat, cuma batuk-batuk. Macam malas nak pergi klinik."
B - " Ish, tak elok begitu."

Dan seterusnya dialog-dialog yang biasanya dipakai dalam penulisan novel. Tapi dalam garapan cerpen, tolong elakan.

3) Merangka Isi Atau IsuMerangka isi atau isu yang mahu dituliskan juga dapat menyelamatkan cerpen kita daripada panjang berjela. Misalkan, dalam cerpen cukup satu atau dua isu yang ingin dikembangkan. Tidak perlu banyak. Isu yang banyak akan menyebabkan cerpen kita sekali lagi terjerumus ke dalam kancah berjela-jela.

4) Penggunaan DiksiPenggunaan diksi yang tepat adalah salah satu cara untuk menyelamatkan cerpen berjela-jela. Diksi atau perkataan adalah satu perkara yang perlu diperhatikan oleh penulis dalam penghasilan cerpen. Garapan cerpen, amat memerlukan diksi yang tepat dan bersifat ekonomis. Tak perlu gunakan diksi yang panjang.

Contoh :

Ahmad mahu ke sana kerana di situ terdapatnya barangan yang menarik.

Ahmad ke sana kerana barangannya menarik. (Lihat, betapa kita dapat mengekonomikan ayat yang digarap)

5.) Membaca syarat yang dikehendaki oleh akhbar/majalahIni juga penting. Adakala akhar atau majalah tidak memaklumkan perkara ini, tapi seperti yang dikatakan kita kena agak-agak. 8 - 10 adalah yang sederhana dan memadai. Akhbar seperti Berita Harian (edisi hari sabtu) ada menyatakan jumlah baris yang diperlukan. Sila patuhi.

6.) Membaca karya orang lainMembaca karya orang lain adalah sangat penting untuk membolehkan kita melihat dan meninjau bagaimana penghasilan karya cerpen tersebut.

Tuesday, March 1, 2011

Peraturan Tatabahasa

Kata sendi 'dengan' mempunyai beberapa makna:

A. Menunjukkan 'alat kerja'
a. Saya memotong kuih dengan pisau. (BETUL)
b. Saya berdoa dengan membaca ayat Khursi. (BETUL)

B. Menunjukkan 'disertai'
a. Dia membuka sampul surat dengan hati yang berdebar-debar. (BETUL)
d. Dengan sukacita saya membuka majlis ini. (BETUL)
c. Dia datang dengan lagak berani. (BETUL)

C. Menunjukkan 'bersama-sama'
a. Saya belajar mengaji dengan adik saya. (BETUL)
b. Dia datang dengan isterinya. (BETUL)

NOTA: Di bawah ini contoh kata sendi 'dengan' yang salah tempat:
a. Penulis muda itu belajar menulis dengan Puan Ainon (SALAH)
b. Penulis muda itu belajar menulis daripada Puan Ainon (BETUL)
c. Saya belajar sembahyang dengan Ustaz Azli (SALAH)
d. Saya belajar sembahyang daripada Ustaz Ali (BETUL)

Banyak penulis keliru tentang peraturan menggunakan perkataan "bakal" dan "akan". Perkataan "bakal" dan "akan" amat berbeza. Kita boleh menulis "bakal isteri" tetapi tidak boleh menulis "akan isteri".

Perkataan "bakal" merujuk pada "status".

a. Dia bakal tunang saya.
b. Dia tunang saya.
c. Dia bekas tunang saya.

Perkataan "akan" merujuk kepada "mode".

a. Dia belum berkahwin.
b. Dia akan berkahwin.
c. Dia sudah berkahwin.

"bakal" sentiasa diikuti oleh katanama:

bakal isteri (BETUL)
bakal tunang (BETUL)
bakal ayah mertua (BETUL)
bakal perdana menteri (BETUL)
bakal ketua pengarah (BETUL)

"akan" sentiasa diikuti oleh katakerja:

akan lahir (BETUL) = bakal lahir (SALAH)
akan berkahwin (BETUL) = bakal berkahwin (SALAH)
akan dinikahkan (BETUL) = bakal dinikahkan (SALAH)
akan berpisah (BETUL) = bakal berpisah (SALAH)

Saya tinggal di Kuala Terengganu. (BETUL)
Saya tinggal dekat Kuala Terengganu. (SALAH)

Makna 'dekat' adalah 'hampir', 'tidak jauh'.

Saya tengah sibuk. (SALAH)
Saya sedang sibuk. (BETUL)

Dia tengah mengajar anaknya mengaji. (SALAH)
Dia sedang mengajar anaknya mengaji. (BETUL)

Perkataan 'tengah' bermakna tempat, seperti 'di tengah padang bola'.

‘pendosa’ ataupun ‘pedosa’

Salah satu makna awalan PE adalah 'profesion'
Salah satu makna awalan PEN adalah 'pelaku'

pedosa (BETUL) = orang yang profesionnya adalah melakukan dosa
pendosa (BETUL) = orang yang melakukan dosa, tetapi bukan sebagai profesionnya

pedusta (BETUL) = orang yang profesionnya adalah melakukan dusta
pendusta (BETUL) = orang yang melakukan dusta, tetapi bukan sebagai profesionnya

Contoh nama-nama profesion
petinju
petenis

Awalan ‘di’

Banyak orang keliru cara mengeja 'di'.

Ada 2 'di' dalam Bahasa Melayu:

(i) 'di' awalan

diberi
dimakan
dipilih
dibuang
disimpan
dilamar

'di' awalan sentiasa digunakan dengan katakerja. Ia sentiasa dieja rapat.

(ii) 'di' sendinama

di mana
di sini
di rumah
di pejabat
di Kuala Lumpur
di Jakarta

'di' sendinama sentiasa diikuti oleh katanama Ia sentiasa dieja jarak.

‘atau’ dan ‘ataupun’

'atau' digunakan apabila 2 perkataan itu seerti

kegiatan atau aktiviti (MAKNA SAMA)
aktif atau cergas (MAKNA SAMA)
kampung atau desa (MAKNA SAMA)
bandar atau kota (MAKNA SAMA)
makalah atau artikel (MAKNA SAMA)
banci atau survei (MAKNA SAMA)
makna atau erti (MAKNA SAMA)
China atau Tiongkok (MAKNA SAMA)
Jepang atau Jepun (MAKNA SAMA)

'ataupun' digunakan apabila 2 perkataan itu tidak seerti

dua ataupun tiga (MAKNA TIDAK SAMA)
tua ataupun muda (MAKNA TIDAK SAMA)
ibu ataupun ayah (MAKNA TIDAK SAMA)
lelaki ataupun perempuan (MAKNA TIDAK SAMA)
besar ataupun kecil (MAKNA TIDAK SAMA)
dara ataupun teruna (MAKNA TIDAK SAMA)
miskin ataupun kaya (MAKNA TIDAK SAMA)
atas ataupun bawah (MAKNA TIDAK SAMA)
kiri ataupun kanan (MAKNA TIDAK SAMA)

Contoh ayat:
Lelaki suka perempuan cantik ataupun rupawan. (SALAH)
Lelaki suka perempuan cantik atau rupawan. (BETUL)

Lelaki boleh kahwin satu, dua, tiga atau empat. (SALAH)
Lelaki boleh kahwin satu, dua, tiga ataupun empat. (BETUL)

Baik yang muda atau yang tua, lelaki serupa sahaja. (SALAH)
Baik yang muda ataupun yang tua, lelaki serupa sahaja. (BETUL)

pada & kepada

pada = sendi tempat
kepada = sendi arah


Lukisan pada dinding gua itu... (BETUL)
Lukisan kepada dinding gua it... (SALAH)

Puisi itu ditujukan kepada kekasihnya. (BETUL)
Puisi itu ditujukan pada kekasihnya. (SALAH)

Cintaku padamu. (SALAH)
Cintaku kepadamu. (BETUL)

Aku cinta padamu. (SALAH)
Aku cinta kepadamu. (BETUL)

Rinduku padamu. (SALAH)
Rinduku kepadamu. (BETUL)

Aku rindu padamu. (SALAH)
Aku rindu kepadamu. (BETUL)

Aku percaya padamu. (SALAH)
Aku percaya kepadamu. (BETUL)

Aku percaya pada Tuhan. (SALAH)
Aku percaya kepada Tuhan. (BETUL)

.

Salah Satu dan Satu Satu

Ada beberapa orang Hos TV3 yang kerap silap apabila menggunakan 2 frasa ini. Di bawah adalah makna yang betul:

(i) salah satu = satu daripada beberapa yang lain (one of them / one of many)
Banjir disebabkan oleh banyak faktor, satu-satunya adalah rasuah. (SALAH)
Banjir disebabkan oleh banyak faktor, salah satunya adalah rasuah. (BETUL)

(ii) satu-satunya = hanya satu sahaja (one and only one)
Salah satu isteri Nabi Muhammad yang tidak pernah dimadukan adalah Khadijah. (SALAH)
Satu-satunya isteri Nabi Muhammad yang tidak pernah dimadukan adalah Khadijah. (BETUL)

‘apabila’ dan ‘bila’

bila = kata tanya waktu
apabila = sendi waktu


Bila air bah, mereka pindah. (SALAH)
Apabila air bah, mereka pindah. (BETUL)

Dia datang bila dipanggil. (SALAH)
Dia datang apabila dipanggil. (BETUL)

Bila kamu datang? (BETUL)
Sampai bila kamu mahu begini? (BETUL)

Bilakah agaknya kau akan kembali? (BETUL)
Bilakah lagi kamu mahu berubah? (BETUL)
Bilalah agaknya hujan akan turun? (BETUL)

Nota: Apabila menggunakan 'bila', ia mesti diiringi tanda soal (?)

Sendi ‘pada’ dan Kata Waktu

di petang hari (SALAH)
pada petang hari (BETUL)

di malam (SALAH)
pada malam (BETUL)

di pagi (SALAH)
pada pagi (BETUL)

di masa (SALAH)
pada masa (BETUL)

di zaman (SALAH)
pada zaman (BETUL)

di kala (SALAH)
pada kala (BETUL)

di tahun (SALAH)
pada tahun (BETUL)

di hari (SALAH)
pada hari (BETUL)

di tahun (SALAH)
pada tahun (BETUL)

di bulan Desember (SALAH)
pada bulan Desember

di awal pagi (SALAH)
pada awal pagi (BETUL)

di lewat malam (SALAH)
pada lewat malam (BETUL)

di hujung tahun (SALAH)
pada hujung tahun (BETUL)

di sepanjang zaman (SALAH)
pada sepanjang zaman

di pertengahan bulan (SALAH)
pada pertengahan bulan (BETUL)




akan rujuk (BETUL) = bakal rujuk (SALAH)

Tanda (“) dan (”) sentiasa rapat.

“ Saya tidak suka, ” katanya. (SALAH)
“Saya tidak suka,” katanya. (BETUL)

“ Kamu hendak ke mana? ” tanya Ramli. (SALAH)
“Kamu hendak ke mana?” tanya Ramli. (SALAH)

Tanda koma (,) di hujung dialog.

“Saya tidak suka.” Kata Mamat kepada Ramlah. (SALAH)
“Saya tidak suka,” kata Mamat kepada Ramlah. (BETUL)

Huruf kecil selepas dialog.

"Kamu mahu apa?” Tanya Mamat. (SALAH)
“Kamu mahu apa?” tanya Mamat. (BETUL)

Tanda noktah (.) tidak boleh diiringi oleh tanda lain.


“Apakah yang dapat dilakukan?.” (SALAH)
“Apakah yang dapat dilakukan?” (BETUL)

?, (SALAH)
.? (SALAH)
,? (SALAH)
!. (SALAH)
.! (SALAH)
,. (SALAH)
;. (SALAH)





Tanda koma (,) di hujung dialog.

“Kalau begitu, bolehlah.” Dia berkata. (SALAH)
“Kalau begitu, bolehlah,” dia berkata. (BETUL)



Tanda koma (,) sebelum nama khas.

“Kamu hendak ke mana Mamat?” tanya Atan. (SALAH)
“Kamu hendak ke mana, Mamat?” (BETUL)

“Saya tidak kisah Mat, apa kamu fikir,” kata Atan. (SALAH)
“Saya tidak kisah, Mat, apa kamu fikir,” kata Atan. (BETUL)

Tanda koma (,) sebelum nama panggilan.

“Apa khabar kak,” saya bertanya. (SALAH)
“Apa khabar, kak,” saya bertanya. (BETUL)


“Awak hendak ke mana sayang?” katanya. (SALAH)
“Awak hendak ke mana, sayang?” katanya. (BETUL)

“Beginilah bang, saya akan tarik diri,” jawab Mamat. (SALAH)
“Beginilah, bang, saya akan tarik diri,” jawab Mamat. (BETUL)

“Banyak cantik! Aku tak ingin dengan kau!” kata Siti.
“Aku tidak sudi dengan kamu!” kata Siti.





Tanda soal tidak boleh diikuti oleh koma (,) ataupun noktah (.)

“Apa khabar?.” (SALAH)
“Apa khabar?” (BETUL)

“Apa khabar?,” Karim bertanya. (SALAH)
“Apa khabar?” Karim bertanya. (BETUL)



Tanda seruan (!) tidak boleh diikuti oleh koma (,) ataupun noktah (.)



“Alamak!.” (SALAH)
“Alamak!” (BETUL)


“Bedebah kamu!.” (SALAH)
“Bedebah kamu!” (BETUL)



Tanda seruan (!) dan tanda soal (?) hanya digunakan sekali.


“Aduhai!!!” (SALAH)
“Aduhai!” (BETUL)

“Apa??” (SALAH)
“Apa?” (BETUL)





Tanda seruan (!) dan tanda soal (?) tidak boleh digunakan bersama.

“Apa?!” (SALAH)
“Apa?” (BETUL)
“Apa!?” (SALAH)
“Apa!” (BETUL)





Jumlah titik di akhir ayat.


Empat titik sederet digunakan di hujung ayat yang tidak diselesaikan. Titik keempat adalah noktah.


Begitulah nasib Labu dan Labi...... (SALAH)
Begitulah nasi Labu dan Labi.... (BETUL)


Tiga titik sederet (...) dan koma (,) digunakan untuk ayat yang tidak diselesaikan.

“Tetapi saya tak....” Asmah tidak sempat menghabiskan kata-katanya. (SALAH)
“Tetapi saya tak...,” Asmah tidak sempat menghabiskan kata-katanya. (BETUL)



Tiga titik sederet (...) dan 'space' bagi menunjukkan kata-kata orang yang gagap ataupun dalam ketakutan.

“Be...be...lum!” kata Ali dengan gugup. (SALAH)
“Be... be... lum!” kata Ali dengan gugup. (BETUL)



“Saya.....saya.....tak mahu!” jawabnya. (SALAH)
“Saya... saya... tak mahu!” jawabnya. (BETUL)



Titik tidak tidak boleh diikuti oleh tanda soal (?) ataupun tanda seruan (!)
“Siapa kamu...?” (SALAH)
“Siapa kamu?” (BETUL)





“Mengapakah malangnya nasibku....!” (SALAH)
“Mengapakah malangnya nasibku!” (BETUL)